Sejujurnya aku cuma mahu kamu berterus terang.
Aku mahu kau tidak membohongi aku dengan omongan palsu.
Kau, antara manusia yang sewajarnya mengerti betapa aku benci akan manusia yang tidak berpegang pada janji. Pada manusia yang tidak benar-benar jujur dengan aku; yang suka menyembunyikan sesuatu daripada aku seolah-oleh aku ini satu boneka.
Letih sebenarnya.
Jujur, aku penat.
Hati, perassan kamu perlu dijaga. Hati, perasaan dia perlu juga dijaga. Lalu hati aku? Perasaan aku? Keinginan aku? Mana mungkin seorang manusia itu tidak punya perasaan. Tidak berasa sakit taktala teman membuka aibnya.
Manakah salahnya?
Salah aku kah?
Kerana mempercayaimu, walaupun kamu terus mengkhianati.
Aku cuba mengerti apa yang kamu cuba lakukan, tapi aku masih kurang faham. Tindakanmu seolah-olah ingin menjadi Tuhan, ingin mengatur hidup manusia manusia lain. Betul, kita mahu yang terbaik untuk sahabat, keluarga kita. Tapi jangan sampai kita terbawa-bawa dengan semua itu.
Tolong jangan buat keputusan untuk manusia lain.
Terutama tanpa kerelaannya.
Mungkin kau tidak terkesan jika diperlaku sebegitu, tapi aku tak mahu. Aku tak mahu jadi boneka kau, jadi tolong berhenti. Tolong berhenti beritahu aku benda yang aku sudah tahu. Berhenti mengajar aku sesuatu yang perlu aku fahami dengan pengalaman sendiri.
Manusia punya cara dan waktu berbeza untuk belajar sesuatu yang sama.
Kau kau, aku aku.
Jadi, jujur pada aku, apa lagi yang kau aturkan untuk aku?
******************************************************
Tonight marks the 6-month of me working. Liking it? So far, not really. Hate it? Getting to. Anyhow, we don't always get what we want in life immediately, so fret not. Tough times shall pass. This shall pass and now I should go to sleep. Goodnight.
p/s: Sorry the previous section turned out to be a mix of Malay and Indo. I couldn't bother much.
No comments:
Post a Comment