I read somewhere in a book, can’t remember the title, but it says, one way to stay positive is to wake up each day and says this every morning,
“I am going to say this again tomorrow.”
It might works, I have never tried before.
hihihi************************************************************************
Bila hati diketuk rasa sedih atau kecewa ataupun marah?
InsyaAllah kali ini nak membicarakan tentang isu ini. Percaya atau tidak, setiap insan di dunia ini pernah merasai ketiga-tiga perasaan ini. Sama ada mereka sedar atau tidak. Maafkan saya atas ilmu psikologi yang sedikit, tapi berdasarkan pemerhatian saya, kebanyakan orang tak dapat mengasingkan ketiga-tiga perasaan ini. Sebab itu, perasaan yang ada apabila berlaku sesuatu perkara yang boleh trigger salah satu rasa ini, akan turut mewujudkan dua lagi rasa.
Saya tidak mahu membicarakan contoh-contoh yang boleh menimbulkan rasa ini. Tapi apa yang sering kita lakukan apabila dikuasai perasaan ini. Selalunya benda yang kita buat bila dikawal tiga rasa ni, bila kita dah okay, kita akan macam ‘eh apasal aku baut macam tu tadi?’ dan kita akan mula menyesal.
Percaya atau tidak, sedih boleh memberi kesan yg positif, begitu juga kecewa dan marah. Namun, pada masa yg sama, sedih, marah dan kecewa juga boleh memberi kesan negatif.
Meluahkan di social network. Bagus atau tidak?
Pernah suatu ketika dulu, di usia belasan tahun *cewahh, sekarang dah 20 la konon,erkkk* saya rasa sangat tertekan yang membuatkan saya rasa sunyi. Rasa tiada sesiapa bersama saya sebab yes, literally saya keseorangan. *padahal ramai je orang sayang saya* Lalu saya berasa sedih dan kecewa pada masa yg sama. Mungkin saya tak nmpk kesannya, tapi saya buat satu perkara yang silap. Saya meluahkan rasa saya di dalam blog saya. Saya menyampaikan apa yang saya rasa, segala tidak puas hati, kekesalan, rasa sedih, rasa marah dll di dalam blog saya yang ternyata dibaca oleh ramai kwn2 saya. Saya rasa puas hati selepas saya menulis semua itu, sebab terasa seperti ada yang mendengar, ada yg membaca, tapi sebenarnya tidak.
Yang mendengar, yang membaca itulah yang saya tolak ke tepi kewujudannya.

Saya ingat kesan yg saya dapat lepas tu, sangat menampar, membawa saya ke alam realiti. Kawan baik saya menyampaikan rasa kesalnya kepada saya secara private. Rasa masa tu tak tahu nak kata apa. Rasa menyesal tak tahu nak kata macam mana. Memang, bukan niat nak menyakitkan hati mereka, tapi apa yg mahu dicapai sbnrnya dgn menulis kisah hidup kita yg sedih di blog yg terbuka kepada semua orang? Tapi satu point kawan saya cakap apa guna kawan kalau tak boleh terus terang? *nganga sekejap, nangis tanpa lagu lepas tu*
Yes, anda boleh cakap anda tulis tanpa direct kat siapa-siapa, tak tulis nama. Tapi kalau orang yg membaca tu kenal anda sebenar-benarnya, tak kah anda rasa mereka boleh menduga? Takpun, kalaupun anda tidak mensasarkan mereka, bagaimana kalau sasaran tersalah? Bagaimana kalau orang yg anda sayang sakit hati dgn penulisan anda?
Okay, harap kat sini jelas nampak apa kesan negatif yg cuba saya sampaikan. Kesan negatif yang muncul apabila cara anda menyatakan anda sedih, marah, kecewa adalah salah. Kurang tepat untuk anda menyatakan anda marah kepada seseorang dgn mentweet perkara itu di twitter, mahupun berkongsi post di Facebook. Kenapa? Kerana hal yang cukup simple pun boleh jadi sebesar-besar alam kalau semua orang boleh baca. Orang yg clueless pun boleh tahu semua benda. Hal yg sepatutnya menjadi rahsia rumah tangga anda *tak semestinya hal kahwin je* pun orang tak berkenaan boleh tahu.
Tak ke jadi satu masalah nanti? Flow dia lebih kurang macam ni.
Anda sakit hati *i.e kecewa/ sedih/ marah*
Anda pergi beritahu satu dunia *i.e tulis dkt twitter, facebook, blog,instagram*
Semua orang baca
Orang yg anda sayang pun terasa *sedih sebab anda tak jujur padanya tak terus-terang*
Orang yg anda sayang sedih
Anda lagi double triple sedih
Maka?
Penyelesaiannya?
Banyak pihak akan memendam rasa. Macam-macam isu boleh timbul.
Sabarlah okay?
Kawan saya pernah berkongsi, “Sabar itu pada mulanya amarah” ke lebih kurang macam tu la ayat dia, saya kurang ingat. Tapi yes, apa guna sabar kalau dah habis marah-marah, dah sudah menyakitkan hati orang baru kita nak sabar? Baik chill down dulu, buat lek lek, istigfar banyak banyak dulu, bila dah reda hati yang berkecamuk, baru boleh berbincang.
Yes, anda boleh kata. Macam mana nak berbincang kalau tak tahu nak approach orang tu. Well, seyakin mana anda dengan beritahu satu dunia boleh approach orang tu?
Kalau dilanda tiga perasaan ini, ada baiknya kita jauhkan diri dari laman-laman sosial ni. Bukannya apa, takut melukai orang lain dan takut lagi melukai hati kita. Bila nanti salah tulis ke, kang sudah, orang printscreen pergi sebar sana-sini, dah tak boleh nak buat apa. Tenangkan dulu hati, biar minda boleh fikir dengan waras, biar minda boleh fikir baik buruk.
Memang, senangnya cakap, nak buat belum tentu senang. Memang susah. Tapi kalau usaha, insyaAllah boleh. Lagi bagus kalau waktu-waktu macam ni, kita ada seseorang. Someone yang boleh dengar kita meluahkan, yang tidak perlu membantah mahupun memberi jalan penyelesaian *perempuan la selalu macam ni, kalau cerita kat lelaki, kebanyakan lelaki nak selesaikan masalah je.
Bukan diskriminasi, tapi hakikat* kalau tak jumpa sesiapa, usah takut. Allah ada. Doa banyak-banyak.
Penuhkan hari anda dengan aktiviti-aktiviti. Usah difikirkan sangat perkara yang boleh membuatkan anda sedih/ kecewa/ marah. Biar hati tenang, kuat baru boleh nak berhadapan dengan semua rasa itu. InsyaAllah anda boleh mengelakkan perkara bukan-bukan daripada berlaku.
Membaca pun jangan mudah melatah
Same goes to the reader. Janganlah baca sikit terus nak pergi bunuh orang tu. Okaylah kalau anda terasa tapi hakikatnya anda tahu tak perkara yang sebenarnya yang berlaku. Tak semua benda boleh disimpulkan dengan baca blog, twitter atau facebook. Jangan mudah nak bash orang sebab apa yang ditulis. Kita tak tahu apa yang mempengaruhi penulisannya. Banyak faktor, yang kita tak tahu sebab dia menulis berdasarkan pemikiran dia. Dan kita kena ingat, lain orang, lain cara berfikirnya.
Okay look, for example, kita baca satu post kawan kita dekat facebook yang kata dia kesal dengan satu program yang dianjurkan kat sekolah. Dia macam kutuk-kutuk la apa yang program tu buat. And it so happened yang program tu kita yang handle. Mesti rasa tak puas hati, rasa marah dan rasa nak defend diri kita. Betul tak? Waktu tu, seboleh-bolehnya kita chill out dulu. Sebab mesti kawan kita tu tengah tak chill, so takkan kita pun nak gaduh dengan dia pergi comment macam-macam dkt situ juga? Aduhai, dah tak pasal-pasal ada drama kat situ nanti. Kalau dah jadi drama, orang tak tengok dah siapa salah siapa betul, orang tengok siapa yang bergaduh je. So siapa malu? Dua-dua.
Jadi, ada wajarnya kita relaks dulu. Bair dulu kawan kita reda dulu. Bila waktu sesuai, bincang elok-elok, tanya apa yang kurang. Memang susah nak lupakan dulu, tapi banyak kot distraction nowadays. Macam–macam boleh buat.
Cuma satu lah, saya pesan BIAR DULU, BIAR REDA DULU BARU SELESAIKAN. Jangan nanti yang pergi buat tak tahu sampai ke sudah, itu ignorant namanya.
Fikir dulu sebelum buat apa-apa
Semua benda ni kena difikirkan. Orang tetap menilai walaupun anda kata ada orang tak menilai. Mereka masih menilai, cuma yang lebih bijak menilai dengan bukti-bukti sahih. Yang kurang cerdik sikit, menilai tanpa petunjuk, main taram je nilai orang itu ini.
Semoga bermanfaat kepada sesiapa yang membaca. Kalau ada yang baca. Sekian.
p/s: Kadang-kadang nasihat utk orang lain boleh diguna pakai untuk diri sendiri juga.
Sebab tu dalam mengingatkan yg lain, kita mengingatkan diri kita juga.
This draft was posted on my blog on 8th of January 2014. a month more before my departure to Sydney. I didn't do much editing of this post, only edited a few minor typos. Somehow, rereading this reminds me of not being too quick of an announcer on social sites, so I guessed the last p/s does hold true.
Another side note, in my post above, there is a line that goes like this;
*perempuan la selalu macam ni, kalau cerita kat lelaki, kebanyakan lelaki nak selesaikan masalah je. Bukan diskriminasi, tapi hakikat*
So, I may have sounded to be gender-biased, pardon my ignorance. Most probably I was influenced after reading the book Men from Mars, Women from Venus. But anyhow, I think the sentence didn't apply to all occasions because I've met some guys who are willing to listen and offers advice and support, not solution.
However, I will always agree that when we are emotional, best yet is to stay away from social sites and people truly, because we tend to hurt them without any intention initially. I tell you, being upset with something and did something else to upset those you cared about because you are upset is the one of the worst feeling you'll get. It is like being upset with yourself for being upset and got carried away.
Anyhow, I hope somebody will benefit from reading this post. Oh and I wanted to apologize. There has been a few posts that I've reverted to draft; I think it is not worth reading or maybe to put it more frankly, I think those drafts have too much inside of me that I don't want to share with any of you on this blog. *now now this sentence sounds so hm, wrong* but still it holds true.
Till then,
Have a lovely day.
No comments:
Post a Comment