Monday, December 14, 2015

#repost: Bersyukur bukan sekadar di bibir

In the name of Allah the Most Merciful and The Most Beneficial

Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah

Baru sahaja dapat tahu keputusan Advanced Subsidiary (AS) Level hari selasa lepas.

Dugaan kali ini terasa pahitnya sebab tak pernah rasa; ya saya akui tak pernah rasa macam ini sebab selama ini selalu dapat apa yang diimpikan.

Target untuk peperiksaan AS adalah untuk dapatkan 5A, ya saya ambil 5A untuk AS level. Ramai juga kawan-kawan tegur supaya saya kurangkan kepada 4, tapi saya tetap dengan keputusan saya sebab saya seronok dengan subjek kelima saya. Sampai saat ini, syukur tak pernah terdetik lagi penyesalan sebab tak kurangkan bilangan mata pelajaran. InsyaAllah ilmu yang saya perolehi akan dimanfaatkan sebaiknya.

Cukupkah sekadar ucapan 'Alhamdulillah'?

Maksud kalimah ini simple je

Alhamdulillah = Segala Puji bagi Allah
tapi untuk menyebutnya dengan penuh rasa rendah diri pasti terasa susahnya saat dirimu diberi sesuatu yang kau tak mahu.

Bersyukur itu bukan sekadar dengan menyebut 'Alhamdulillah' mahupun 'Saya bersyukur'. Bersyukur itu lebih daripada itu, yang saya sendiri kurang pasti bagaimana mahu menggambarkannya. Syukur itu perlu datang bersama mulut, hati juga perbuatan. Memang, kita kecewa kita sedih bila tidak dapat sesuatu yang kita mahukan; tapi itu bukan sebab untuk kita menangis keterlaluan. Jujur saya katakan, saya tiada masalah dengan orang yang menangis saat dia gagal asalkan dia tidak hanyut dengan kesedihan itu. Menangis itu satu perkara biasa terutama kaum wanita. Jadi, usah sedih mahupun kecewa sekiranya anda menangis di saat anda menerima satu kegagalan. Mungkin satu tindak balas refleks membuatkan air mata mengalir kesedihan.

Apa-apa pun yang mahu saya tekankan di sini, saat kita menerima sesuatu kegagalan, mulut wajar berkata 'Alhamdulillah' namun hati turut perlu berkata syukur.

Ingat, kita mungkin boleh gagal lebih jauh, siapa tahu?

Lagipun, tak semua yang kita rancang itu yang terbaik, sesungguhnya Allah adalah perancang terbaik.

"And the disbelievers planned, but Allah planned. And Allah is the best of planners" Al Imran : 54

Maka, siapa kita untuk berkata "Ah apa ini, aku mahu keputusan yang lain!" sesungguhnya kita ini mempunyai ilmu yang sangat sedikit. clueless tentang masa depan dan yang mana baik dan buruk untuk kita.

Adakah bersyukur bermakna tidak berbuat apa-apa?

Memang, kita patut bersyukur sebab firman Allah dalam surah Ibrahim : ayat 7

And [remember] when your Lord proclaimed, 'If you are grateful, I will surely increase you [in favor]; but if you deny,indeed, My punishment is severe'

Ingatlah, syukur itu perlu.
Maka bolehlah bersenang lenang terima je seadanya? Macam tu?

Well, up to you. Kalau rasa hidup mahukan improvement; mahukan kejayaan, maka teruskan berusaha. Terima kegagalan ini sebagai satu titik dalam hidup kita untuk mencipta kejayaan yang lebih besar. Jangan jadikan gagal ini satu alasan. Saya rasa tak perlu lah bagi contoh Thomas Edison ke apa, sebab mesti ramai dah tahu. Cuma, cuba fikir, Allah bagi kita kegagalan ini untuk apa? Pasti bukan untuk buat kita terus menerus gagal. InsyaAllah, tabahkan hati, kuatkan semangat dan terus lihat ke hadapan.

Have faith in Allah.

Dia sayang kita, kalau rasa macam tak cukup kasih sayang, mungkin tiba masanya untuk kita sendiri pergi cari kasih sayang dari Dia?

Make the best in whatever you do; If ever you fail, keep on doing - not the same way, the better way. If you ever succeed, keep on doing - not same success;other success.

Wallahu'alam

p/s: Mood menulis kali ini sangat formal,bila baca balik rasa takutt, gigit bibir. hihi.
Mungkin memujuk hati boleh memujuk hati orang lain juga?
Lalalala, lagu Save Your Heart - Mayday Parade masih lagi best. 
;p

*********************************************************************************



This was written on 15th August 2013, the day I've gotten my AS result. I can't remember how much I got, prolly 2A3B, for sure I didn't get straight As. Well, that was my first time feeling like a total failure, when I'm starting to regret taking A-Levels *honestly I can't believed that I managed to post this thing, so much positivity haha*. And I remembered how I started to have doubts; I got an A for Biology but a B for Physics, when my plan was to take up engineering but here I am, doing Electrical Engineering- now entering my third year. 

Amazing how Allah planned things for me ey? (:

No comments:

Post a Comment